Perbuatan bunuh diri merupakan satu jenayah dan menjadi satu kesalahan dari sudut agama mahupun undang-undang.
Menurut Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Hashim Mehat, perbuatan bunuh diri adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan niat sengaja mematikan diri sendiri, sama ada melalui perancangan yang dibuat, atau dengan perbuatan yang jelas dia menunjukkan dia berniat untuk membunuh diri.
Nyawa adalah anugerah dari Allah s.w.t kepada benda-benda hidup bernyawa seperti manusia dan haiwan. Islam memandang nyawa seseorang sebagai sesuatu yang amat berharga. Maka tindakan Muslim menamatkan nyawa sendiri ditolak dalam agama Islam, dianggap satu jenayah dan hukumnya adalah haram. Bagi manusia, nyawa atau roh ini merupakan satu amanah dan perlu dijaga dengan sempurna. Perbuatan menamatkan atau melucutkan nyawa sendiri dengan sengaja adalah satu penzahiran menolak anugerah dan amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia. Perbuatan ini jelas menunjukkan seseorang itu sengaja khianat terhadap amanah itu.
Kedudukan dosa berat yang bakal ditanggung oleh seseorang yang membunuh diri itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis:
Melucutkan nyawa bukan saja ditegah oleh Islam dan dilarang oleh Rasulullah s.a.w malah Alalh s.w.t juga memperingatkan manusia tentang perihal membunuh. FirmanNya didalam Surah an-Nisa': 29 yang bermaksud:
remaja skrg skit2 nk bunuh diri..
ReplyDeletedorg x tahu kot bunuh diri ni dosa..
salam...
ReplyDeletebunuh diri ibarat membunuh masa depan akhirat d dunia..
ia bukan cara kita menyelesaikan masalah d dunia tetapi bunuh diri adalah satu jalan pintas ke neraka..oleh yang demikian, janganlah mengambil jalan ini kerana ada bnyak lagi jalan penyelesaian. ingatlah" nyawa itu adalah milik ALLAH SWT bukan milik kita".
kenapa nyawa yang diberikan tidak dihargai.tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan didunia ini.semakin berat dugaan kita semakin hebat kita disisinya tetapi mengapa perlu mengalah sebelum berjuang.mati bukanlah segala jalan penyelesaian kerana di sana nanti kita akan dipersoalkan hingga kita sujud menangis, namun tiada gunanya.
ReplyDelete